BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL
PERJUANGAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

HAYATI LAH SAHABAT KU SEKALIAN....

Tuesday, June 15, 2010

SENJATA MAKAN TUAN LA PULAK


Pada asalnya pembangkang (Pakatan Reput) mengeluarkan kenyataan bahawa, akan ada 3 orang adun dari BN akan lompat parti ( dalam erti kata lain, dari BN ke PR)...
Tub tub ADUN DAP pulak yang lopat parti....
Katanye, dia mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
Aiiii xkan ni pun PR nak kate BN bayar kutttttt.....
Banyk sangat la duit BN nk bayar pelompat2 ni... Bukan sorang weh, banyak yang dh melompat
Akui lah.... PR hanya menunggu belah menanti rebah,

Thursday, February 18, 2010

MEMANG MELAYU MUDAH LUPA


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Wednesday, February 17, 2010

KARTIKA OH KARTIKA


Sudah la Puan Kartikaaaaa....
Tak payah lah nak menunjuk-nunjuk sangat...
Buat kecoh sane, buat kecoh sini,
tentang hukuman yang lambat di terima...

Kakuatan iman bukan hanya menjalankan hukum Islam semata,
tetapi di lihat dari segi pengabdian dan ketakwaan kita kepada Allah...

Kuarangkan populariti camni... xde paedahnyer pnn...
Bagi tumpuan kepada keluarga sebelum menanti hukuman....
Anak-anak lebih memerlukan...

Tuesday, February 9, 2010

MELAYU

Melayu...
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih sopan
Bila menipu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga di sebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistan semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segalanya kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu gairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah di jual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencari timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak pemusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari kelubang cacing
Tak dapat tanduk telinga di jinjing

Maruah dan agama di hina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf di ungkap sentiasa di sahut
Tangan di hulur sentiasa di sambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup di berikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
Dagang lalu nasi di tanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan di susu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad ke dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran

Jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di Negara Merdeka

Hasil Nukilan:Usman Awang




















APA SUDAH JADI.... PENINGGGG...

Ni perihal dengan PAS...

PAS-Parti Islam SeMalaysia...

Kalau dulu PAS pernah keluar kenyataan...

1.Tidak boleh lantik bukan islam sebagai pemimpin...
Tapi sekarang apa sudah jadiiiiii.... PENING PENING
PAS boleh plk pilih calon dari DAP... DAP tu Islam ke

2.PAS nak jadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam...
Tapi sekarang apa sudah jadiiiiii... PENING PENING
Karpal karam... eh silap silap... Karpal Singh dah cakap...LANGKAH MAYAT SAYA DULU,
KALAU PAS NAK TUBUHKAN NEGARA ISLAM...Cian PAS...
Terus senyap xberani nak kata pe dah...

3.Kerajaan BN, terutamanya UMNO telah meluluskan lesen penjualan arak...
Tapi sekarang apa sudah jadiiiiii... PENING PENING
Kecoh di Selangor... sedangkan Selangor di perintah oleh PR. 7E dimana mejoriti
sekitarnya adalah orang melayu, tetapi boleh pulak dijualnye arakkk... take beer!

4.Mula-mula Nik Aziz bersetuju orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah...
Tapi sekarang apa sudah jadiiiiii.... PENING PENING
Bila hakim Dato' Lan Bee Lau dan memutuskan bahawa agama lain pun boleh guna
perkataan Allah...Tiba-Tiba dia plk menetang... xbagi plk org bukan Islam guna
Perkataan Allah....

Nanti lepas ni siap sedia lah orang PAS untuk menerima perubahan
lagi...

Dulu PAS-Parti Islam Se Malaysia...
Nnt dia akan tukar lagi...
Pas Untuk Semua-PUS
KAH KAH KAH

Monday, February 1, 2010

PERJUANGAN POLITIK

Dalam perjuangan politik, tidak ada tempat ke dua atau naib juara...
Yang ada menang atau kalah...
Memerintah atau di perintah...